
Ibu Kepada OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai Kini Telah Di Kenakan 2 Tuduhan | Dua gambar terkini Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah di Mahkamah Sesyen hari ini dan menghadapi dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. Lola mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca. Tuduhan pertama didakwa mengabaikan anak iaitu kesalahan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika disabit bersalah.