Jun 10, 2014

Lagi 5 Gambar Wajah Sebenar Isteri Bade, Madu Erma Fatima

Gambar wajah sebenar isteri Bade, madu Erma Fatima - Kalau sebelum ini, hanya sekeping gambar yang memaparkan wajah isteri baru Bade, madu Erma Fatima telah dikongsikan kepada umum. Gambar tersebut bagaimanapun kurang jelas dan sukar untuk mengecam bagaimana bentuk raut wajah sebenar Aida Abdul.


Sebentar tadi, portal myartis telah berkongsi lima keping gambar isteri Bade Haji Azmi yang dikahwininya pada April lalu. Memang cantik dan jelita orangnya. Apa yang menarik, Erma Fatima turut merestui pernikahan mereka malah memberitahu dia tiada kuasa untuk menghalang ketentuan jodoh yang ditetapkan Allah.








Gambar Baring Anak Saudara Siti Nurhaliza Yang Amat Mengancam [2 Gambar]

Gambar baring anak saudara Siti Nurhaliza yang amat mengancam - Khabarnya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang anak saudara perempuan yang baru berusia 17 tahun namun memiliki kejelitaan amat mengancam.


Menurut fanpage facebook ohbulan, gadis berkenaan dikatakan secantik Nora Danish malah menenggelamkan kecomelan pelakon filem Bercinta itu. Benarkah dakwaan lawak ini?



Untuk peminat yang belum tahu, Nora Danish baru sahaja dinobatkan sebagai artis paling popular di laman Instagram mengalahkan beberapa selebriti wanita hebat lain seperti Neelofa, Erra Fazira, Nur Fathia dan Lisa Surihani.

Wanita Mualaf Hampir Dikebumikan Cara Bukan Islam

Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.
GEORGETOWN - Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama Islam.

Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.

Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.

"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.

Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.

Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.

"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.

"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.

"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.

Peminat Anggap Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Norfarhan Melampau

Biasa dengar panggilan hangit HOT FM? Siapa yang tak suka bila mendengar panggilan hangit yang sering ke udara menerusi radio HOT FM. Walaupun bersifat suka-suka namun panggilan hangit ini kadangkala agak kurang disenangi juga.


Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar.

Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan.

Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab.

Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.

Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan.

Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang “Rafli” telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su.

Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan.

Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya.

Lagi Mangsa Zaquan Adha Tampil Bukti & Kali Ini Di Instagram



Hari ini, pasti anda semua tertanya tanya apa motif lagi kami dedahkan perilaku pemain bola sepak popular ini di alam maya — jawapannya entah, mungkin kerana seronok. Well, some men just want to watch the world burn. MWAHAHAHA!

Jika semalam satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa.

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.

Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08 dan jika kita mengikut teori isterinya, Ayu Raudhah sebelum ini memang ada kemungkinan screenshot kali ini juga merupakan hasil kerja manipulasi grafik oleh sesetengah pihak.

“Gossip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini,“ ujar Ayu Raudhah.

Punca Kisah Sebenar Insiden Samseng Kereta MyVi Dan Vios Di Tol Karak Tersebar


Semalam, telah berlaku satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dengan Toyota Vios di Lebuhraya Karak yang telah menggemparkan para pengguna laman sosial.

Insiden tersebut bermula apabila pemandu kereta Myvi sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan terlalu rapat.


Akibat daripada kejadian tersebut, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.

Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi lalu terus bertindak dengan membunyikan hon bertalu-talu.

Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara mengejut dengan sengaja di hadapan kereta.

Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.

Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan.

Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.

Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted.