May 23, 2014

Amalan Berpantang Selepas Bersalin Mengarut

Amalan berpantang selepas bersalin memang ada pelbagai jenis dan cara. Bagi mereka yang mempunyai ibu, mak yang memang mengamalkan berpantang secara ketat..dalam erti kata lain..kau nak langgar pantang aku, berpantang maut sebelum ajal dulu yer..hihihi.yeeee...itu lah...bagi saya, saya suke sebab ia melatih kita lebih disiplin..lebih sihat dan lebih merana!! huaaaa...sebab saya tak suka panas-panas,,,bertangas..bertungku ni...MALAS!! Opssss!!


Kenapa Penting?? Berpantang makanan, pergerakan, semua lah...tapi saya suka lah kalau ada orang yang tolong buat semua tu..hihihi



maksud berpantang!!


Pada tempoh masa ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.


APA Kepentingan Berpantang Selepas Melahirkan??


1. Memberi masa kepada ibu untuk pulih dalaman dan baikpulih tubuh badan.


2. Dari segi pemakanan : si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.

3. Menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan.

4. Membiasakan si ibu dengan bayi yang baru dilahirkan apabila menyusu (mother bonding)

5. Memulihkan luka

6. Membetulkan segala urat yang tegang semasa melahirkan.


Bagi sesetengah kaum ibu yang masih mengamalkan amalan berpantang tetapi mahu ubat-ubatan yang moden juga boleh..sesetengah ibu tidak gemar bau herba mahupun jamu. ada juga yang risau jika jamu membuatkan bayi yang menyusu terasa 'panas' sekaligus bahaya bagi bayi kuning @ jaundise.