May 16, 2014

"Love Bite" Pada Tubuh Nora Danish Undang Tanda Tanya [4 Gambar]

"Love Bite" pada tubuh Nora Danish undang tanda tanya - Jika sebelum ini Nora Danish dikritik peminat kerana memilih anak menteri Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Nadeem sebagai bakal suami, kini pelakon itu kembali mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik foto memperlihatkan kesan "Love Bite" pada bahagian tangannya.


Gambar itu dimuatnaik di akaun Instagram milik peribadi wanita comel itu baru-baru ini. Nampaknya, peminat Nora Danish sangat sensitif dan cepat melemparkan komen-komen pelik tanpa usul periksa.

Ada yang menyangka kesan lebam itu ada kaitan dengan filem Conjuring, ada pula yang mengajaknya bermain "clapclap".

Di bawah ini ialah sebahagian komen-komen peminat yang membuat admin tersenyum sendiri tatkala membayangkan filem Conjuring banyak dibincangkan sebagai lawak jenaka di sebalik gambar tersebut.


Berikut pula ialah sekeping gambar Nora Danish yang menampakkan kesan lebam bulat pada tangannya hingga menjadi pertikaian peminat. Walaupun macam-macam komen yang diterima pelakon itu, dia lebih suka berdiam diri sebagai langkah untuk meredakan keadaan.

3 Gambar Wajah F, Kekasih Baru Erin Malek Kini Tersebar

Gambar wajah F, kekasih baru Erin Malek kini tersebar - Selepas menjuarai program Fear Factor Malaysia musim kedua baru-baru ini, pelakon terkenal Erin Malek secara terbuka memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki bernama F yang dikenalinya empat bulan lalu di laman Instagram.


Menurut Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, dia tidak menyangka akan bertemu jejaka pilihan hati di laman sosial selepas genap setahun berpisah dengan bekas kekasih.

Kata aktres berusia 20 tahun itu, perbezaan usia mereka yang agak jauh iaitu 10 tahun tidak menghalang hubungan cinta itu terjalin kerana sisi matang, romantik dan penyayang yang ada ada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Erin turut meminta peminat agar mendoakan hubungan mereka agar kekal dan terus bahagia hingga ke alam perkahwinan.