Apr 26, 2014

Najib Terkedu Dengan Berita Diluar Jangkaan Ini..


Najib Terkedu Dengan Berita Diluar Jangkaan Ini.. | Semasa lawatan tiga haribeliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad.

Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan.

Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.

Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri. Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30 minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan pandangan mereka.Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan masih belum dimuktamadkan.

"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya.

Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.

"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden. Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau menjemput kami."Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini," kata Dr Ahmad Farouk.

Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan agama di negara ini."Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara terdahulu," katanya.

Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan Obama.Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menulis: " Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa sehingga selepas acara tersebut.

"Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada ketika ini.

Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok.Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin. ~awani

Apr 24, 2014

Punca Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan?

Fauzi Nawawi gagal bayar sewa pejabat 5 bulan - Sebuah akhbar tempatan menerusi ruangan pojok mendakwa pelakon dan pengarah terkenal, Fauzi Nawawi gagal melunaskan sewa pejabatnya di Cheras selama lima bulan.


Fauzi yang dihubungi wartawan mStar bagaimanapun menafikan khabar angin yang tersebar dan menganggap ianya satu gosip yang tidak masuk akal serta mahu menjatuhkan nama baiknya selama ini.

"Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?"

Menurut sumber akhbar tersebut, kegagalan Fauzi membayar sewa bulan pejabatnya dikatakan berpunca daripada kekurangan tawaran berlakon yang diterima sehingga dia kesempitan wang.

Benarkah dakwaan ini? Semalam, Fauzi sudah menafikan khabar angin yang tersebar dan menjelaskan dia memang banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana mahu memberi fokus kepada perniagaannya iaitu syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

"Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru. Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah."

Apr 23, 2014

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.



Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi,angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

Apr 21, 2014

Luahan Sayu Fiza Elite Kontroversi Penceraian Dengan Adam AF

Luahan sayu Fiza Elite kontroversi penceraian dengan Adam - Nampaknya, khabar angin tentang Fiza Elite menfailkan penceraian Rabu lalu semakin sensasi hari ini. Semuanya bermula dengan satu laporan dalam ruangan hiburan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Fiza menfailkan penceraian di Shah Alam minggu lalu.

Sebentar tadi, portal ohbulan cuba menghubungi Fiza Elite untuk bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut namun tidak mendapat respon dari pelakon itu. Dia dikatakan cuba mengelak untuk memberikan sebarang penjelasan.


Di laman Instagram aktres itu pula, beliau telah memuatnaik sekeping foto dalam keadaan bertelekung yang kelihatan seperti bersedih. Foto tersebut disertakan dengan satu caption panjang lebar yang mengandungi luahan sayu Fiza.

Dalam luahan itu, dia meminta orang ramai agar tidak lagi bertanyakan soalan-soalan berhubung kontroversi rumahtangga dan memberinya ruang untuk menenangkan fikiran.



Apr 20, 2014

Kejam! Bapa Durjana Meliwat Bayi 23 Hari



Apakah dosa seorang bayi sehingga diliwat?
Kejam! Bapa Durjana Meliwat Bayi 23 Hari | Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu. Memang sangat kejam. Seorang bapa yang durjana sanggup meliwat bayi lelakinya yang berumur 23 hari tanpa rasa bersalah. Patut kena sula je lelaki yang kejam macam ni. Binatang pun tak macam ni. Ni la yang terjadi bila nafsu menguasai kepala. Kalau dah tak tahan tu, pi la puasa. Kan Nabi SAW mengajar umatnya supaya berpuasa supaya dapat kekang nafsu. Jap-jap, tapi dia tak cakap pula agama apa lelaki ni kan? Perincian berita lelaki meliwat bayi lelaki yang berusia 23 hari ada di bawah. P/S: Islam itu cara hidup dan orang yang menganut agama Islam dan beramal dengan cara hidup Islam tidak akan melakukan jenayah dan perbuatan terkutuk seperti meliwat bayi umur 23 hari!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudianmendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. - Gambar hiasan

Apr 16, 2014

USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU CERAMAH USTAZ DON DANIYAL


USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN USTAZ DON DANIYAL | Video yang disebarkan Nur Puteri Dayana yang bertajuk KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL mendakwa Ustaz Don Daniyal berdusta dan menyebarkan hadith palsu dalam ceramahnya.

Artikel sebelumnya: ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL
Namun, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.

Apa pula kata Ustaz Mustaffa Kamal?

Jom kita baca.

"Orang bertanya tentang Ustaz Don pada ustaz. Ustaz kata " Ustaz Don lebih alim daripada ustaz. Mengenai cerita yang diceritakan oleh Ustaz Don memang ada dalam kitab2 lama, ustazpun ada baca kisah tu tercatat dalam kisah2 aulia, jangan cepat kata cerita palsu,lagipun kisah2 orang soleh yg utamanya kita ambil iktibarnya.Cukuplah anta cari kitab2 yg dikarang oleh Syeikh Abdul Ar Rahim Fathoni dan Syeikh Uthman bin Hassan.InsyaAllah ada kisah ini dalam kitabnya.Kedua2 ulama ini orang soleh dan nak karang kitab solat taubat dan sunat hajat sbb tu kitab mereka ada barakahnya".
"Ustaz tak berani nak tuduh orang sembarangan apatah lagi ustaz tahu keadaan ustaz yg jahil, Siapa yg kata pada ustaz Don tu, dia tu org alim ke".
Jawabnya "Dok lah malas nak kabar la ustaz".
"Kalau macam tu jgn kabor ke ustaz sbb ustaz tak nak tahu".



Ustaz Don.

Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.

Bagi saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliau sudah mula bercerita tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.

Pada saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara. Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang diberi.

Lain-lain kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.

Kepada yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.

Sekian pesanan saya.....

Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.

Apr 15, 2014

Penjelasan Dr. MAZA Berkenaan Isu Azan yang Kuat

Penjelasan Dr. MAZA Berkenaan Isu Azan yang Kuat | Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan selain azan yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak. - Dr. Maza