Jul 10, 2014

Video Detik-Detik Cemas Dua Pesawat Di Landasan Sama


Detik-detik cemas itu sempat dirakam oleh salah seorang warga Sepanyol, Miguel Angel. Dia kemudian memuatnaiknya ke media sosial dan kini telah ditonton oleh lebih dari satu juta orang.

Apabila Kera Bertudung (Free Hair Wajib Baca)



Bertudung, berbaju kurung.. Tetapi, akhlak hamper.. Adakah anda wanita sebegitu...?

Kamus Dewan Serbaguna

Kera:

1. Sejenis haiwan spesis monyet.
2. Analogi peribahasa: Bermaksud individu yang jahil dalam memahami dan menghayati sesuatu.
3. Konteks blog ini: Wanita yang mempermainkan kewajiban tudung, bertudung secara pura-pura, bertudung tidak sungguh-sungguh dan bertudung demi fesyen.


Mitos Yang Dipercayai Kera Bertudung (Free Hair Wajib Baca)

Anda tahu apa itu mitos. Mitos adalah kepercayaan karut atau yang tidak mempunyai asas.

Kera bertudung dan wanita-wanita Islam 'free hair' mempercayai satu kenyataan mitos. Berpegang pada mitos ini, mereka mempertahankan tindakan mereka untuk kekal "free hair" dan bertudung sambil memakai pakaian sendat dan ketat.

Jul 6, 2014

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna atau tidak


Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak...

Jul 5, 2014

SHAMPU BADAN YANG AKAN MEYEBABKAN ANDA GELI DAN MUAL


SHAMPU BADAN YANG AKAN MEYEBABKAN ANDA GELI DAN MUAL | Dua tiga hari ini , newsfeed p.malam di facebook penuh dengan gambar di atas , bila melihatnya pasti terasa mahu "PLAY" untuk ketahui apakah sebenarnya sabun atau shampu yang digunakan sehingga menyebabkan sedemikian .

Jul 4, 2014

Cerita Ustaz Azhar Dikacau Makluk Halus


Semasa Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah agamanya, beliau menceritakan kisahnya diganggu Makhluk Halus di sebuah Hotel di Cherating, Pahang.. Jom lihat video ceramah tersebut

Sebak! Luahan Sedih Bonda Sharifah Aini Atas Pemergian Arwah


KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: “Sepatutnya saya yang pergi dulunya…bukan dia…sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia,” kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEMBANG LC@H DENGAN GURU


Baru-baru ini satu 'screenshot' menunjukkan perbualan melalui mesej Facebook diantara seorang anak murid dan gurunya tersebar di laman sosial Facebook.Salinan tersebut yang disebar tapi tidak di beritahu siapa guru tersebut telah di muatnaik oleh beberapa pengguna.

Awek Zaman Sekarang


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.

Jun 26, 2014

Ibu Kepada OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai Kini Telah Di Kenakan 2 Tuduhan


Ibu Kepada OKU Yang Ditemui Terkurung Dan Kurus Melidi Di Nilai Kini Telah Di Kenakan 2 Tuduhan | Dua gambar terkini Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah di Mahkamah Sesyen hari ini dan menghadapi dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. Lola mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca. Tuduhan pertama didakwa mengabaikan anak iaitu kesalahan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dia boleh dihukum denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika disabit bersalah.

Gambar aksi gedik Erin Malek dan ayahnya ala-ala bercium

Baru-baru ini, pelakon Erin Malek telah berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang memaparkan aksi ge--diknya bersama ayah seakan-akan bercium. Ini jelas membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.


Gambar tersebut disertakan dengan caption pendek berbunyi "Happy Father's Day @lensamalekmarwi75". Meskipun ia perkara biasa dalam hubungan bapa dan anak namun ada juga peminat yang berfikiran negatif dan menganggap aksi berkenaan kurang sesuai.

Jun 22, 2014

[ Hot ] Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah, facebook beliau di serang ?


Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah, facebook beliau di serang orang ramai untuk tahu kisah sebenar - Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.

[ Ngeri ] Kereta Memotong Tidak Lepas 4 Maut Nahas Di Baling !


Baling: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat sini, jam 5.40 petang tadi.

Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi.

Jun 15, 2014

Mila Jirin Tayang 2 Kereta Mewah Miliknya [8 Gambar]


Mila Jirin merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia dan berjaya memenangi musim ke 5 | Apabila memenangi Akademi Fantasia kerjaya Mila Jirin terus berkembang dan mendapat publisiti yang meluas.

Susulan Teman Wanita Baru Emran,Ikuti Apa Reaksi Erra [5 Gambar]


Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mengikuti perkembangan Erra Fazira dan Engku Emran, gara-gara Emran memberi 'pembayang' bahawa dia kini sudah bertemu pengganti Erra yang lebih manis dan pandai dalam ilmu agama.

Jun 14, 2014

Koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Bapa 2014

17 Jun 2012 merupakan hari yang amat bermakna bagi seorang ayah. Kat bawah ni merupakan beberapa ucapan selamat hari bapa yang boleh anda gunakan. Anda juga boleh kongsikan gambar ni dilaman facebook atau ambil ucapan ini dan hantar sms kepada bapa anda.



















TANDA TANDA SAKIT DI BADAN


Tanda tanda sakit dibadan yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Walahualam

Jun 12, 2014

Pelanggan Marah Doakan Keturunan Mawar Fareeda Dan Fizo Omar Jadi Pengemis

Seorang pelanggan tudung Fareeda, Salina Abu Zar secara terbuka mendoakan anak cucu dua pasangan sweet ini menjadi pengemis dan tidur di kaki lima selepas kecewa dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu.


Semua ini gara-gara dia ingin Mawar Fareeda dan Fizo Omar merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat Fareeda yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru Fareeda.

Peminat Fareeda sanggup berbaris panjang, berpeluh dan ada segelintir orang sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka. Lantas Mawar dan Fizo dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu.


Perkara seperti ini patutnya dapat dielakkan. Sudah tentu Fareeda tahu bahawa apa saja keluaran terbaru Fareeda pasti akan mendapat sambutan hangat.

Ayu Raudhah Syukur Bersuamikan Zaquan Adha



Alahai, tiba-tiba berderet pula kononnya 'bukti-bukti' yang menjadi saksi Zaquan Adha berhubungan dengan wanita lain di laman sosial. 

Kalau ya pun dia nak berbual guna mesej ke, video calling ka, biarlah dekat dia. Salah ke? Tak tahulah nak cakap apa. Betul ke, salah biarlah mereka suami isteri yang selesaikan. Tak perlu rasanya nak menjadi penambah cerita kan? 

Jadi dalam entry ni Muz tak akan tempek bukti yang kononnya mesej video call terbaharu yang didedahkan itu kepada sebuah portal hiburan terkenal tanah air. Kalau nak tengok sangat pergi sendiri dekat sumber asal dia. Boleh buat macam tu?

 Boleh saja, sebab dah malas nak tempek benda-benda murahan yang belum tentu sahih. Opsss! Apapun, Muz tabik dekat Ayu Raudhah yang mengambil pendekatan berkongsikan yang baik-baik tentang suaminya. 

Sementelah terlalu banyak yang kurang baik ditulis tentang Zaquan Adha kebelakangan ini, maka entry ini berkongsikan nilai kepercayaan seorang isteri kepada suaminya. 

Kalau Ayu Raudhah berkata syukur bersuamikan Zaquan Adha. Maka kami di sini pula berpendapat, beruntung sungguh Zaquan Adha beristerikan Ayu Raudhah. Semoga terus berbahagia...

[ Video ] Lagu terakhir Arip setelah di umum Juara Kilauan Emas 4 !


KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.



Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.


Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan. Credit Mstar

Jun 11, 2014

ERK! MACAM-MACAM: Abby Abadi Pukul Suami Punca Bercerai



ERK! MACAM-MACAM: Abby Abadi Pukul Suami Punca Bercerai: Nampaknya kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Fahran semakin dramatik selepas pihak lelaki hari ini tampil mendedahkan yang beliau se...

Jun 10, 2014

Lagi 5 Gambar Wajah Sebenar Isteri Bade, Madu Erma Fatima

Gambar wajah sebenar isteri Bade, madu Erma Fatima - Kalau sebelum ini, hanya sekeping gambar yang memaparkan wajah isteri baru Bade, madu Erma Fatima telah dikongsikan kepada umum. Gambar tersebut bagaimanapun kurang jelas dan sukar untuk mengecam bagaimana bentuk raut wajah sebenar Aida Abdul.


Sebentar tadi, portal myartis telah berkongsi lima keping gambar isteri Bade Haji Azmi yang dikahwininya pada April lalu. Memang cantik dan jelita orangnya. Apa yang menarik, Erma Fatima turut merestui pernikahan mereka malah memberitahu dia tiada kuasa untuk menghalang ketentuan jodoh yang ditetapkan Allah.








Gambar Baring Anak Saudara Siti Nurhaliza Yang Amat Mengancam [2 Gambar]

Gambar baring anak saudara Siti Nurhaliza yang amat mengancam - Khabarnya penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai seorang anak saudara perempuan yang baru berusia 17 tahun namun memiliki kejelitaan amat mengancam.


Menurut fanpage facebook ohbulan, gadis berkenaan dikatakan secantik Nora Danish malah menenggelamkan kecomelan pelakon filem Bercinta itu. Benarkah dakwaan lawak ini?



Untuk peminat yang belum tahu, Nora Danish baru sahaja dinobatkan sebagai artis paling popular di laman Instagram mengalahkan beberapa selebriti wanita hebat lain seperti Neelofa, Erra Fazira, Nur Fathia dan Lisa Surihani.

Wanita Mualaf Hampir Dikebumikan Cara Bukan Islam

Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.
GEORGETOWN - Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama Islam.

Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.

Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.

"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal.

Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.

Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.

"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.

"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu.

"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.

Peminat Anggap Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Norfarhan Melampau

Biasa dengar panggilan hangit HOT FM? Siapa yang tak suka bila mendengar panggilan hangit yang sering ke udara menerusi radio HOT FM. Walaupun bersifat suka-suka namun panggilan hangit ini kadangkala agak kurang disenangi juga.


Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar.

Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan.

Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab.

Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.

Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan.

Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang “Rafli” telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su.

Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan.

Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya.

Lagi Mangsa Zaquan Adha Tampil Bukti & Kali Ini Di Instagram



Hari ini, pasti anda semua tertanya tanya apa motif lagi kami dedahkan perilaku pemain bola sepak popular ini di alam maya — jawapannya entah, mungkin kerana seronok. Well, some men just want to watch the world burn. MWAHAHAHA!

Jika semalam satu Malaysia kecoh dengan pendedahan yang mengatakan Zaquan Adha cukup licik memikat gadis di aplikasi sosial WeChat, nampaknya hari ini ada satu lagi bukti yang ditampilkan oleh seorang lagi mangsa. Ganas bunyinya, mangsa.

Zaquan Adha menerusi sebuah aplikasi chat yang menggunakan Instagram sebagai platform ada menegur seorang gadis yang tidak kami ketahui namanya dan mengajak gadis itu berjumpa.

Perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.

Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08 dan jika kita mengikut teori isterinya, Ayu Raudhah sebelum ini memang ada kemungkinan screenshot kali ini juga merupakan hasil kerja manipulasi grafik oleh sesetengah pihak.

“Gossip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini,“ ujar Ayu Raudhah.

Punca Kisah Sebenar Insiden Samseng Kereta MyVi Dan Vios Di Tol Karak Tersebar


Semalam, telah berlaku satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dengan Toyota Vios di Lebuhraya Karak yang telah menggemparkan para pengguna laman sosial.

Insiden tersebut bermula apabila pemandu kereta Myvi sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan terlalu rapat.


Akibat daripada kejadian tersebut, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.

Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi lalu terus bertindak dengan membunyikan hon bertalu-talu.

Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara mengejut dengan sengaja di hadapan kereta.

Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.

Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan.

Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.

Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted.


Jun 9, 2014

Jue Aziz Tak Sorok Pernikahan [2 Gambar]

Jue Aziz

SEBUT sahaja Jue Aziz, pasti akan terbayang selebriti cantik yang manja perwatakannya di fikiran kita semua.

Mula dikenali melalui program Malaysia’s Most Beautiful, sebuah rancangan realiti yang bertujuan mencungkil ‘kecantikan dalaman’ para pesertanya, Jue turut pernah bergandingan dengan dua aktor tempatan sebagai pasangan kekasih suatu ketika dahulu.

Lantaran perkara tersebut, kisah percintaannya sering mendapat publisiti walaupun pada hakikatnya pemilik nama Zuliana Ab Aziz ini merupakan seorang aktres berbakat dan membintangi naskhah-naskhah lakonan antaranya drama bersiri Dua Hati, Manjalara, Impak
Maksima serta filem Hantu Bonceng.

Baru-baru ini, aktres jelita berusia 31 tahun ini membuat kejutan apabila mendirikan rumah tangga secara mengejut dengan seorang jejaka dari Indonesia, Bayu Daniels, gitaris kumpulan DV8.

Timbulkan desas-desus mengatakan Jue menyembunyikan pernikahannya apabila tiada hebahan yang dibuat melainkan gambar-gambar berserta kapsyen ucapan sempena Hari Ibu yang dimuat naik oleh suaminya di laman Instagram milik Bayu Daniels.

Tampil memberi penjelasan, Jue menyatakan dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinannya, cuma tidak berkesempatan mengumumkannya kerana segala-galanya berlangsung dengan sangat pantas.

“Saya tak sorok perkahwinan. Isu tu timbul bila saya tak hebohkan perkahwinan. Macam mana saya nak beritahu, cuba bayangkan, perkahwinan itu pun kami tak rancang.

“Saya bercuti di kampung Bayu bersama keluarganya. Ketika itu, Bayu pun cuti tak lama, dan perancangan karier saya pun masih panjang. Jadi kami fikir, apa kata kita terus kahwin di sini sahaja?

“Benda baik, kenapa nak lambatkan. Paling penting, kita cepatkan nikah sebab perkara tu yang menghalalkan perhubungan,” ujarnya.

Akui Jue, dia banyak belajar dari pengalaman cintanya yang lalu dan tidak ingin menghebahkan hubungan yang belum ada kepastian.

“Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Bercinta sana-sini sampai perkara tu yang selalu dapat publisiti.

Sebab tu kali ni saya buktikan pada diri saya, dah ada ikatan yang sah baru tunjukkan pada orang ramai,” katanya.

Justeru, bekas pengacara program e@9 dan Gedik Samba ini melangsungkan perkahwinan secepat mungkin setelah yakin dengan pilihan hatinya itu tanpa menginginkan hantaran mewah atau persiapan yang lama.

“Pernikahan saya memang ringkas, kami buat benda yang wajib di sisi Allah sahaja. Walaupun kami buat persiapan dalam tempoh yang amat singkat, syukur Alhamdulillah segala-galanya terasa cukup dan lengkap.

“Saya buat ikhlas kerana ALLAH, sampai suami saya tak percaya fasal hantaran pun saya tak berkira langsung. Saya tak kisah nak korbankan benda-benda lain bila dah dapat orang yang boleh bahagiakan saya,” katanya.

Bahagia bersama Bayu


Ketika ditemui selepas Majlis Pratonton Filem Hantu Nan Sempit di Mid Valley Megamall baru-baru ini, pemegang watak Suraya dalam filem tersebut kelihatan semakin cantik, apatah lagi ditemani oleh suami tercinta di sisinya.

Akui Jue, dia seronok hidup berumah tangga bersama Bayu yang menikahinya pada 9 Mac lalu.

Malah, aktres kelahiran Ampang, Selangor ini tidak menolak apabila orang mengatakan perkahwinannya menjadi punca dia kelihatan semakin cantik dan gembira.

“Memang saya sangat bahagia. Bagi saya inilah kecantikan semula jadi sebenar, iaitu apabila kegembiraan dan kebahagiaan kita terserlah melalui luaran. Semuanya datang daripada rumah tangga yang baharu saya bina ini.

“Selepas berkahwin, selama sebulan saya tak ambil apa-apa tawaran bekerja untuk luangkan masa bersama suami.

Tambahnya lagi, perkara paling menyeronokkan selepas berkahwin adalah menjalani kehidupan seperti orang biasa, bukannya selebriti.

“Saya rasa seronok dengan kehidupan normal yang ‘low profile’. Kadang-kadang suami ingatkan yang saya ni artis, tapi saya tak kisah. Saya seronok jalani kehidupan seperti orang lain tanpa memikirkan gelaran ‘selebriti’ itu,” katanya.

Tak jaja kisah cinta

Kelihatan seperti pasangan yang sedang hangat bercinta, Jue menyatakan itulah hikmah bercinta selepas kahwin.

“ Masa saya berkawan Bayu, kami bukan pasangan kekasih sebab saya bimbang tak dapat komited dalam perhubungan. Saya cuma cakap dengan dia, just go with the flow sebab saya ada tanggung jawab sendiri seperti anak angkat dan karier.

“Lepas kami semakin rapat, saya teman dia bercuti bersama keluarganya. Dari situ saya mengenali keluarganya dengan lebih dalam. Ibu bapa dia pun cakap, lagi cepat nikah lagi bagus. Jadi, kami pun langsungkan sahaja pernikahan kerana semuanya dah setuju dan baik-baik sahaja,” ujarnya.

Jue juga menganggap perkahwinannya sebagai suatu hikmah apabila lebih terhindar dari kontroversi atau dikaitkan dengan cerita-cerita masa lalunya.

“Alhamdulillah, kalau orang bandingkan saya dulu dan sekarang, mereka dapat lihat sekarang saya lebih banyak berdiam diri daripada bersifat terbuka tentang kisah cinta saya kepada umum.

“Saya nak gunakan bakat saya untuk dikenali, bukan cerita-cerita kontroversi untuk dapat publisiti. Itulah yang saya nak buktikan sebenarnya. Walaupun orang kata saya senyap atau tak nampak di media massa, tapi rezeki dan tawaran kerja itu sentiasa ada,” katanya.

Antara sifat Bayu yang paling disukai oleh Jue adalah sikap positif dan sangat menyokong kerjayanya.

“Suami sangat menyokong kerjaya saya sebagai pelakon. Sampai kadang-kadang saya sengaja usik dia dan tanya, tak cemburu ke? Tapi dia jawab tidak sebab dia faham kerja saya dan dia gembira tengok saya berjaya dalam karier.

“ Dia seperti kawan baik perempuan saya, yang saya boleh ceritakan segala-galanya. Dia tak ego dan sangat lemah-lembut, selalu tiupkan kata-kata positif pada saya.

“Paling saya suka, dia ringan tulang sampai kerja-kerja rumah pun rajin tolong. Kalau sesetengah lelaki agak susah nak tolong buat kerja rumah, tapi dia tidak!” ujar Jue sambil ketawa.


Tak sabar timang anak

Pasangan romantis ini merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan kerana masih perlu mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka dengan orang ramai.
“Tapi saya tak nafikan memang tak sabar nak timang anak sebab sebelum ni ada berlakon watak mengandung ,jadi mahu juga rasa pengalaman menjadi ibu yang sebenar!

“Saya tak kisah pun bersanding sambil mengandung. Tapi bila fikir balik, takut jadi isu lain di tambah pula dengan kesibukan suami yang terikat dengan kontrak sehingga hujung tahun ini. Jadi, InsyaALAH tahun depan kalau ada rezeki kami terima dengan hati yang gembira.

Jue bagaimanapun, merancang untuk memperlahankan kerjaya seni dalam industri hiburan untuk menjalankan perniagaan bersama suami.

“Sebenarnya saya nak perlahankan kerjaya seni dan uruskan perniagaan bersama suami. Abang ipar saya memang dah ada restoran dan bisnes makanan. Jadi, InsyaALLAH kalau suami dah habis kontrak kami akan fokus kepada perniagaan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem Hantu Nan Sempit yang dibintangi Jue sedang ditayangkan di pawagam kini.

Jue juga sudah selesai menjalani penggambaran drama Suamiku Ustaz, selain menunggu tayangan filem Kapsul yang berlatar belakangkan masyarakat Melayu pada zaman pendudukan Jepun.

Sinar Harian

Jun 8, 2014

KEJAM! Gadis Cantik Ini Dibakar Hidup [7 Foto]


Wanita ini didakwan menculik seorang kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 10 tahun. Walaubagaimana pun, wanita ini tidak mengaku melakukan perkara tersebut, dan orang kampung mula memarahinya.


Apabila ditanya tentang nama anaknya itu, wanita ini gagal menjawab nama anaknya tersebut, orang kampung menjadi semakin marah dan memukul wanita ini. Sehingga ke satu tahap, orang ramai meletakkannya di dalam gelungan tayar yang telah dipenuhi dengan minyak petrol sebelum membakarnyan hidup-hidup. Kejadian dilaporkan berlaku di Abula Egba.


VIDEO : Macam-Macam Benda Dibaling Dari Tingkat Atas


Kejadian penghuni tingkat atas sebuah rumah jenis pangsapuri membuang pelbagai jenis barangan dan sampah kepada penghuni di tingkat bawah kemungkinan berlaku sesekali sahaja dan tidak kerap.

Bagaimanapun di sebuah kediaman tinggi di Singapura, para penghuni di tingkat bawah terpaksa membuat laporan polis kerana kejadian itu.

Dipaparkan di laman YouTube, seorang penghuni memuatnaik video rakamnnya menunjukkan banyak barangan termasuk permainan kanak-kanak dibaling ke bawah masuk ke rumahnya.

“Saya berjaya merakamkan kejadian ini tentang jiran saya di bahagian atas di Kondominium Tropica di daerah Tampines.

“Saya sudah pun membuat tiga laporan polis setakat ini yang terakhir pada 3 Jun lepas.

“Saya sudah mengalami banyak perkara sebegini tetapi kini ia menjadi semakin teruk.

“Pelbagai benda antaranya tuala wanita dan juga sudu besi dicampakkan sehingga terkena payung kanvas, mujurlah kami tidak terkena benda-benda itu sehingg dimasukkan ke hospital,” katanya yang hanya dikenali sebagai Lek menurut laporan portal Stomp.

Lek berkata gambar dan bukti sudah pun dihantar ke pihak pengurusan kondominium tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil.

Menurut beliau, kemungkinan selepas ini jika dia hendak ke taman kecil di belakang rumahnya dia harus memakai perlindungan keselamatan termasuklah topi keledar.

“Siapa boleh menjamin saya tidak akan ditimpa sebuah televisyen pada masa akan datang?”